Friday, June 23, 2017
vital-top
updated 9:15 AM UTC, Jun 23, 2017

Bangkai Dugong Ditemukan Di Mersing

JOHOR BAHRU - Seekor dugong ditemukan mati terdampar di sebuah kawasan kampung di Pulau Tinggi, Mersing, petang semalam.

Pengerusi Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan negeri Datuk Ayub Rahmat berkata bangkai mamalia itu dijumpai orang awam pada 5 petang.

Ia kemudian dihantar ke Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Mersing untuk bedah siasat oleh Jabatan Veterinar Johor dan pegawai penyelidikan mamalia marin dari Pusat Penyelidikan Perikanan Rantau Abang, Terengganu.

Ini bukan kali pertama dugong ditemukan terdampar di Johor. Pada 2015, seekor dugong terdampar di Pulau Sibu diikuti dua ekor dugong masing-masing di Kuala Sedili dan sekali lagi di Pulau Sibu, tahun lepas.



Sumber : BERNAMA