Sunday, June 24, 2018
vital-top
updated 3:44 PM UTC, Jun 23, 2018

Suami Isteri Oku Raih Rezeki Menjelang Syawal

  • Published in Nasional
BERITA NASIONAL RTM

25 MEI: KOTA BAHRU, KELANTAN - Syawal yang bakal tiba memberi rezeki berganda buat pasangan suami isteri kurang upaya, OKU yang mengambil upah menjahit pakaian raya.

Wan Razlan Wan Abdullah, 52 tahun dan isterinya Zawahir Zakaria, 47 tahun mengakui pendapatan yang diperoleh mencecah ribuan ringgit berbanding hari biasa, RM300.    

Walaupun tidak mampu bercakap dan mendengar, namun ia bukan halangan untuk pelanggan mendapatkan khidmat tempahan sejak 20 tahun lalu.

Pasangan ini yang tinggal di Kampung Bunut Payong, Kota Bharu, dibantu tiga anak mereka untuk berurusan dengan pelanggan yang berhasrat membuat tempahan baju melayu atau baju kurung.

Namun tidak seperti ramadan lalu, tempahan baju raya tahun ini terpaksa dihadkan atas faktor kesihatan Wan Razlan, selepas menjalani pembedahan di bahagian perut beberapa tahun lalu.

Namun kecekalan pasangan ini, boleh dijadikan contoh kerana masih mahu berdikari walaupun mereka adalah penerima bantuan Jabatan Kebajkan Masyarakat sebanyak RM400 sebulan.

((RTM/KELANTAN))