Sunday, June 24, 2018
vital-top
updated 3:44 PM UTC, Jun 23, 2018

Rampasan Syabu Terbesar Di Malaysia - APMM

  • Published in Nasional
Foto - BERITA NASIONAL RTM

24 MEI: PERLIS - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kedah dan Perlis mematahkan cubaan menyeludup masuk methamphetamine atau syabu seberat 410 kilogram bernilai 29 juta ringgit, di perairan negeri Perlis.   

Ini rampasan terbesar melibatkan syabu di Malaysia, setakat ini.    

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksama Maritim Dato' Sri Zulkifli Abu Bakar berkata, rampasan dilakukan jam 2.25 pagi Rabu, menerusi Op Pagar Laut yang diadakan sejak 1 Ramadan.

3 orang suspek yang berada dalam bot berkenaan bertindak membuang 8 beg mengandungi syabu berkenaan dalam usaha menyelamatkan diri.

Dalam sidang media di Pengkalan APMM, Kuala Perlis, Beliau menambah, kes ini berkaitan sindiket pengedaran dadah antarabangsa yang bergiat aktif di sempadan negara dan dadah yang dibawa masuk dipercayai untuk pasaran tempatan.

Rampasan berkenaan dianggarkan dapat menampung permintaan lebih 157 ribu penagih bagi tempoh 2 minggu.

Kes disiasat di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.

((RTM/PERLIS))