Sunday, June 24, 2018
vital-top
updated 3:44 PM UTC, Jun 23, 2018

Tun Dr Mahathir Mohamad Terima Ucapan Tahniah Dari Shinzo Abe

  • Published in Nasional
Foto - BERITA NASIONAL RTM

24 MEI: PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menerima ucapan tahniah daripada rakan sejawatan beliau di Jepun, Shinzo Abe.  

Panggilan telefon itu berikutan perlantikan Tun Dr Mahathir sebagai perdana menteri yang ketujuh.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataannya berkata, kedua-dua pemimpin sempat berbincang berkaitan usaha  mengukuhkan hubungan dua hala antara Kuala Lumpur dan Tokyo.

Ini termasuk lawatan Perdana Menteri ke Jepun bulan hadapan untuk menghadiri Persidangan Nikkei.

Tun Dr Mahathir turut melahirkan penghargaan terhadap bantuan yang diberikan negara berkenaan bagi pembangunan Malaysia dan berharap kedua-dua negara dapat meneruskan hubungan baik.

((RTM TV))