Sunday, June 24, 2018
vital-top
updated 3:44 PM UTC, Jun 23, 2018

Lim Guan Eng Sedia Disaman Arul Kanda

  • Published in Nasional
Foto - BERITA NASIONAL RTM

24 MEI: PUTRAJAYA - Menteri Kewangan, Lim Guan Eng sedia disaman oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy berhubung kenyataannya yang didakwa cuba menyerang peribadi serta berpotensi memfitnahnya berhubung kait dengan syarikat pelaburan itu.

Guan Eng, bagaimanapun, mengingatkan Arul Kanda bahawa hanya beliau seorang sahaja yang kini bekerja untuk syarikat tersebut yang sudah dimiliki Kementerian Kewangan.

"Arul sudah membuat pelbagai janji...kalau dia mahu saman, saya tunggu tetapi dia perlu ingat bahawa hanya dia seorang sahaja pekerja 1MDB dan Kementerian Kewangan memiliki 1MDB,” katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai kenyataan Arul  Kanda yang menurutnya sedang mendapatkan nasihat daripada peguam untuk mengambil tindakan lanjut berhubung dakwaan tersebut yang dbuatnya  pada sidang media selepas mendengar taklimat 1MDB.

Semalam, Guan Eng selepas sesi taklimat 1MDB dengan Arul Kanda, mendedahkan 1MDB telah muflis dan tidak mampu membayar hutang termasuk membayar kadar faedah yang matang pada April dan Mei ini.

Lebih mengejutkan pelaburan sebanyak RM9.8 bilion yang dibuat oleh 1MDB  bilion sejak dua tahun lalu juga merupakan penipuan.

Arul Kanda kini sedang bercuti sehingga tamat kontrak pada Jun ini.

Pada sidang media itu, Guan Eng menyifatkan Arul Kanda sebagai tidak jujur dan tidak boleh dipercayai.

((BERNAMA))