Sunday, June 24, 2018
vital-top
updated 3:44 PM UTC, Jun 23, 2018

Kakitangan Tetap SPAD Diserap Ke JPJ

  • Published in Nasional

Foto - BERITA NASIONAL RTM

Foto - BERITA NASIONAL RTM

24 MEI: PUTRAJAYA - 800 kakitangan tetap Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat; SPAD yang dibubarkan bakal diserap ke Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke memaklumkan, mereka bakal mengisi seribu kekosongan yang terdapat di jabatan berkenaan.

Kekosongan jawatan ini berkuatkuasa serta merta dan operasi SPAD juga berjalan seperti biasa.

Anthony menghadiri taklimat berkaitan JPJ di Kementerian Pengangkutan di Putrajaya.

SPAD merupakan antara beberapa agensi yang dibubarkan bagi mengurangkan kos yang terpaksa ditanggung kerajaan.

((RTM TV))