Sunday, June 24, 2018
vital-top
updated 3:44 PM UTC, Jun 23, 2018

Pemilikan RMM Bakal Dibuat Secara Penggundian

  • Published in Nasional
Foto - BERITA NASIONAL RTM

24 MEI: JOHOR - Sistem pemilihan bagi permohonan pemilikan  Rumah Mampu Milik, RMM di Johor, TIDAK lagi dilakukan secara atas talian.

Sebaliknya, akan dilaksanakan secara pengundian.       

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Pembangunan Luar Bandar Negeri, Dzulkefly Ahmad berpandangan, perubahan sistem itu perlu bagi memberi keyakinan kepada rakyat.

Melalui sistem pengundian, kawasan yang mempunyai projek perumahan itu akan dipamer dan dibuka kepada rakyat untuk mendaftar permohonan.    

Beliau berkata demikian selepas merasmikan program Inspirasi Ramadan YaPEIM di Masjid Al Jawahir Mutiara Rini, Johor Bahru, Johor.

Program anjuran Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia, YaPEIM menyasarkan seribu 200 anak yatim menerima sumbangan 120 ringgit seorang.

((RTM/JOHOR))