Sunday, June 24, 2018
vital-top
updated 3:44 PM UTC, Jun 23, 2018

Kelantan Kekal Tuntut Royalti 5 peratus - MB

  • Published in Nasional

 

 

Foto: fail BERNAMA
 
KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan kekal dengan tuntutan royalti minyak 5 peratus seperti perjanjian yang ditandatanganinya dengan Petronas pada 1975.
 
Demikian menurut Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob.
 
Bagaimanapun, katanya Kerajaan Persekutuan pimpinan Pakatan Harapan "berjiwa besar" jika mahu memberi 20 peratus sebagaimana janji manifestonya.

Perkara itu akan dibincangkan dalam pertemuan antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan nanti.
 
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri yang pertama selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) di Kompleks Kota Darul Naim, Kota Bharu. Kelantan.

Beliau berkata pihaknya akan mengutus surat kepada Kerajaan Persekutuan untuk mengadakan pertemuan itu dalam masa terdekat.

((BERNAMA))