Sunday, June 24, 2018
vital-top
updated 3:44 PM UTC, Jun 23, 2018

Pemilihan UMNO: Semua Jawatan Dipertandingkan

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR - Semua jawatan tertinggi dalam UMNO termasuk presiden dan timbalan presiden akan dipertandingkan pada pemilihan parti itu, Jun ini.

Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata keputusan untuk membuka semua jawatan dalam parti dipertandingkan dicapai selepas Majlis Tertinggi UMNO sebulat suara bersetuju dengan cadangan tersebut.

Semua jawatan yang ada adalah terbuka dan bebas dipertandingkan termasuk jawatan Presiden dan Timbalan Presiden serta ketua pergerakan sayap bebas ditandingi mengikut kelayakan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan UMNO.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Kuala Lumpur.

Beliau berkata keputusan tersebut dibuat secara berlapang dada demi memastikan UMNO dapat dipulihkan terutamanya mengembalikan keyakinan rakyat terhadap parti berkenaan.

((BERNAMA))