Logo

Petugas misi kemanusiaan dan bencana Malaysia ke China selamat berlepas

PUTRAJAYA, 3 Feb - Pesawat khas AirAsia yang membawa 12 krew, 8 petugas misi kemanusiaan dan bencana Malaysia ke China berikutan isu kluster Coronavirus berlepas daripada KLIA2 ke Wuhan, China pada pukul 4.30 petang tadi.

Menurut kenyataan media Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), penerbangan itu juga membawa bersama 500 ribu pasang sarung tangan getah sebagai sumbangan kepada kerajaan China dalam operasi membanteras penularan virus di negara itu.

Semua 141 penumpang akan melalui tapisan kesihatan mengikut ketetapan pihak penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Tianhe Wuhan sebelum dibenarkan masuk pesawat untuk berlepas balik ke Malaysia.

Kenyataan juga memaklumkan, sebaik sahaja tiba di Malaysia, kesemua 167 penumpang termasuk krew, petugas dan pegawai daripada Kedutaan Besar Malaysia di Beijing sekali lagi akan melalui tapisan kesihatan di Air Disaster Unit (ADU) KLIA.

Mereka yang mempunyai simptom akan dibawa terus ke hospital manakala yang lain akan terus dibawa menaiki bas ke Pusat Pemantauan untuk tujuan pemantauan bagi tempoh 14 hari.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.