Tuesday, September 17, 2019
updated 3:16 PM UTC, Sep 17, 2019

Malaysia akan wujudkan Zon Pelaburan Pelancongan Khas di seluruh negara di bawah DPN 2020-2030

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR - Malaysia akan mewujudkan Zon Pelaburan Pelancongan Khas di seluruh negara di bawah Dasar Pelancongan Negara (DPN) 2020-2030.

Insentif khusus sedang dirumus untuk menarik pelaburan infrastruktur termasuk pelaburan berteraskan teknologi baharu dalam sektor pelancongan.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kemajuan teknologi dalam pelancongan akan memecahkan sempadan industri sedia ada dan membuka peluang pertumbuhan seluasnya di peringkat global.

Justeru, Malaysia sedang melaksanakan konsep digital secara menyeluruh dalam industri pembangunan pelancongan negara ke arah inisiatif pelancongan pintar.

Menerusi keterangkuman spektrum digitalisasi keperluan buat penggiat pelancongan ke peringkat antarabangsa dapat disediakan dan sekaligus meluaskan pasaran perniagaan dan memendekkan tempoh rantaian bekalan.

Beliau berkata demikian pada ucaptama perasmian Persidangan Pelancongan Dunia (WTC) 2019 di Ibu Negara.