Wednesday, September 18, 2019
updated 3:02 PM UTC, Sep 18, 2019

Lawatan PM ke Hanoi tingkat nilai dagangan Malaysia-Vietnam

  • Published in Nasional

HANOI - Sasaran nilai dagangan dua hala antara Malaysia dan Vietnam dijangka mencapai 15 Bilion Dollar menjelang tahun hadapan. 

Jumlah itu mampu dicapai sebagaimana yang digariskan dalam Pelan Tindakan Malaysia - Vietnam 2017 - 2019.

Justeru lawatan rasmi tiga hari Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ke Hanoi, Vietnam bermula ESOK merupakan komitmen berterusan untuk merealisasikan hasrat itu.

Sasaran nilai dagangan dua hala antara Malaysia dan Vietnam dijangka mencapai 15 Bilion Dollar menjelang tahun hadapan. 

Jumlah itu mampu dicapai sebagaimana yang digariskan dalam Pelan Tindakan Malaysia - Vietnam 2017 - 2019.

Justeru lawatan rasmi tiga hari Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ke Hanoi, Vietnam bermula esok merupakan komitmen berterusan untuk merealisasikan hasrat itu.

Menurut Duta Besar Malaysia ke Vietnam sasaran tersebut mampu dicapai berdasarkan aliran nilai dagangan kedua-dua negara terus melonjak sejak tiga tahun lalu.

Tun Dr. Mahathir akan diiringi isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali, Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah serta pegawai-pegawai kanan kerajaan.

Perdana Menteri akan diberi sambutan rasmi di Istana Presiden diikuti pertemuan empat mata bersama rakan sejawat, Nguyen Xuan Phuc dan mesyuarat delegasi sebelum mengadakan sidang media bersama.

Hari terakhir lawatan, Tun Dr. Mahathir akan melawat 'Hoa Lac Hi-Tech Park' dan menyampaikan ucapan bertajuk "Persediaan Malaysia Dalam Mendepani Revolusi Industri 4.0" di hadapan pelajar-pelajar FPT University. 

Sebelum berangkat pulang, beliau dijadual melawat ke Zon Perindustrian Noi Bai yang pernah beliau melakukan majlis pecah tanah pada tahun 1996 ketika menjadi Perdana Menteri ketika itu.

Zon berkenaan merupakan salah sebuah zon industri milik asing yang terawal di Vietnam.