Tuesday, 4 August 2020

updated 12:36 PM UTC, Aug 4, 2020

Catuan air fasa kedua hanya dijalankan jika sumber air masih kurang - MB Melaka

  • Published in Berita Semasa

 

BANDARAYA MELAKA, 3 Feb - Kerajaan Negeri Melaka hanya akan melakukan fasa kedua catuan air jika sumber air di negeri itu, masih kurang. 

Ketua Menteri Adly Zahari berkata, catuan berjadual itu perlu diteruskan sekiranya tiada perubahan cuaca sepanjang tiga bulan pertama tahun ini untuk mengelakkan sebarang krisis air pada masa hadapan.

Jelasnya bagaimanapun, perbincangan dari semasa ke semasa akan diteruskan bersama Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) berkenaan penjadualan catuan bekalan air tersebut.

"Dia sebenarnya banyak bergantung kepada keadaan cuaca dan juga hujan. Jadi banyak inisiatif yang cuba kita lakukan. Jadi kita mengambilkira tanpa ada sebarang faktor hujan ataupun dalam tempoh sehingga penghujung Mac. Jadi penjadualan ini kita buat tanpa mengambilkira sebarang faktor hujan," jelasnya kepada media ketika ditemui selepas Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina di Dewan Pay Fong, Bandaraya Melaka.

Mengulas mengenai jadual bekalan air palsu yang tular di media sosial, Adly berkata, perbuatan itu jelas berniat untuk mengelirukan orang ramai.

Tegasnya, tindakan akan diambil jika perkara itu, berpanjangan.