Logo

Hukuman berat terhadap pemandu mabuk, Kementerian Pengangkutan berbincang dengan PDRM dan Kementerian Kesihatan

 

BUKIT PETALING, 3 Feb - Kementerian Pengangkutan dalam proses perbincangan bersama agensi berkaitan seperti PDRM dan Kementerian Kesihatan untuk memperkenalkan hukuman lebih berat terhadap kes pemandu bawah pengaruh alkohol dan dadah.

Timbalan Menterinya, Datuk Kamarudin Jaafar menyatakan, kementeriannya memandang serius kes-kes melibatkan pesalah jalan raya.

"Atas cadangan supaya hukuman yg melibatkan denda dan penjara diberatkan lagi kepada kes-kes pemanduan yang pemandunya dipengaruhi oleh dadah dan alkohol dan juga pemanduan yang tidak bertanggungjawab, yang mengakibatkan kemalangan dan kecederaan, kematian kepada penumpang, pejalan kaki dan sebagainya," jelasnya kepada media.

Beliau mengulas perkara itu selepas Majlis Anugerah Persatuan Teater di Wisma Dewan Bahasa dan Pustaka di ibu negara.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.