Wednesday, September 18, 2019
updated 3:02 PM UTC, Sep 18, 2019

85,270 kes denggi dilaporkan di seluruh negara bagi tempoh 1 Januari hingga 17 Ogos tahun ini

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR - Sebanyak 85,270 kes denggi dilaporkan di seluruh negara bagi tempoh 1 Januari hingga 17 Ogos tahun ini.

Jumlah itu menunjukkan peningkatan kes denggi secara mendadak sebanyak 83.2 peratus iaitu pertambahan 38 ribu 726 kes berbanding tempoh sama tahun lalu.

Berikutan kenaikan kes denggi yang membimbangkan itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menyeru masyarakat memainkan peranan masing-masing dalam menjaga kebersihan persekitaran kediaman komuniti agar tidak menjadi sarang pembiakan nyamuk aedes.

Beliau menghadiri Program Gotong Royong Cegah Denggi di Pangsapuri 610, Pandan Indah di ibu negara.

Program anjuran Parlimen Pandan dan pertubuhan RCOMM LESTARI.