Logo

Masyarakat harus waspada meski pelbagai langkah kawalan oleh kerajaan telah dijalankan dalam menangani penularan wabak Coronavirus

 

KUALA LUMPUR, 3 Feb - Masyarakat harus waspada meski pelbagai langkah kawalan oleh kerajaan telah dijalankan dalam menangani penularan wabak Coronavirus.

Presiden Mercy Malaysia yang juga pakar perubatan respiratori, Datuk Dr. Ahmad Faizal Perdaus menasihatkan masyarakat agar sentiasa mengambil langkah berhati-hati bagi mengelak dijangkiti wabak Novel Coronavirus (2019-nCoV).

"Ianya bahaya, ia nya boleh membawa maut, tetapi kadar kematian atau kes fertiliti rate kita panggil dalam prubatan, sebenarnya tidaklah begitu tinggi. Jadi dengan itu, kita harus berwaspada, bersiap siaga sebab jangkitan, kadar jangkitan setakat ini juga dalam kadar yang tinggi itu di negara China. Di luar negara China apabila dah dilakukan kawalan dan juga langkah-langkah berjaga-jaga oleh negara-negara di sekeliling negara China, terutama negara-negara Asia. Kita lihat bahawa kadar peningkatan jangkitan tidaklah begitu tinggi," jelas Datuk Dr. Ahmad Faizal.

Beliau ditemui selepas bersiaran langsung dalam program Selamat Pagi Malaysia di Wisma Berita pagi tadi.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.