Wednesday, September 18, 2019
updated 3:02 PM UTC, Sep 18, 2019

Tok Batin hilang di kawasan paya bakau, sudah ditemui

  • Published in Nasional

 

BATU PAHAT - Seorang Tok Batin yang dipercayai hilang di kawasan paya bakau ketika keluar mencari siput di Kampung Patah Pedang, Batu Pahat, sudah ditemui.

Mangsa, Ahmad Karim berasal dari Kampung Orang Asli Taman Sri Banang, Senggarang ditemui orang awam dua kilometer dari lokasi dilaporkan hilang pada 9 pagi tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Batu Pahat, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Fauzi Md Nor berkata lapan anggota terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat.

Pencarian turut dibantu dua pasukan dari PDRM dan orang awam.

Ketika ditemui mangsa yang berusia 72 tahun ini dalam keadaan lemah.

Difahamkan, mangsa dikatakan telah terpisah dengan dua rakannya ketika dalam perjalanan balik petang semalam.