Tuesday, September 17, 2019
updated 3:16 PM UTC, Sep 17, 2019

80 peserta sertai Konvoi Merdeka@ Komuniti jelajah seluruh negeri bermula dari Kangar hingga Padang Besar

  • Published in Nasional

 

PERLIS - Hujan sepanjang laluan tidak mematahkan semangat bagi 80 peserta yang menyertai Konvoi Merdeka@ Komuniti Peringkat Negeri menjelajah seluruh negeri bermula dari Kangar hingga Padang Besar.

Konvoi sebanyak 60 buah motosikal berkuasa tinggi dianjurkan Jabatan Penerangan Negeri Perlis dengan kerjasama Gabungan Kelab Motosikal Berkuasa Tinggi seluruh negeri.

Menurut Pengarah Jabatan Penerangan Negeri, Ku Ismail Ku Yahya, matlamat utama konvoi bagi meningkatkan semangat patriotik dikalangan peserta disamping memberi motivasi dan semangat kepada masyarakat supaya mengibarkan Jalur Gemilang.

Beliau menyatakan demikian ketika menyertai Konvoi Merdeka@ Komuniti Peringkat Negeri, yang disempurnakan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Indera Kayangan, Gan Ay Ling di Kangar.

Gan Ay Ling turut menyertai konvoi dengan mengedarkan Jalur Gemilang kepada peniaga dan orang ramai di Pasar Sehari Behor Lateh, bagi hentian pertama peserta konvoi.

Selain Pasar Sehari Behor Lateh di Kangar, peserta konvoi turut mengedarkan Jalur Gemilang di hentian kedua iaitu Arked Niaga Padang Besar.