Sunday, May 20, 2018
vital-top
updated 3:56 PM UTC, May 20, 2018

Kompaun RM200 Peniaga Bazar Ramadan Tidak Patuhi Peraturan

  • Published in Nasional
Foto - Bernama

TAIPING - Jabatan Kesihatan Perak hari ini mengingatkan peniaga makanan di bazar Ramadan di negeri itu  agar mematuhi peraturan kebersihan makanan atau berdepan kompaun RM200.

Pengarahnya Dr Ding Lay Ming berkata peniaga harus mematuhi  Akta makanan 1983,  Peraturan-Peraturan Makanan 1985 serta Peraturan-Peraturan kebersihan Makanan 2009 yang antaranya menuntut mereka memakai topi dan apron selain makanan yang dijual ditutup.

“Kita prihatin terhadap isu keselamatan makanan dan memberi keutamaan  dalam menjaga kebersihan supaya keracunan makanan dapat dielakkan,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Ops Ramadan 2018 peringkat negeri di Bazar Ramadan Kamunting dekat sini.

Dr Ding berkata Ops Ramadan 2018 itu bertujuan memantau selain penguatkuasaan bagi melindungi pengguna daripada bahaya keracunan makanan sepanjang Ramadan ini.

Katanya sepanjang Ramadan tahun lalu, pihaknya memeriksa 3,214 premis dengan tujuh diarah tutup.

((BERNAMA))