Sunday, May 20, 2018
vital-top
updated 3:56 PM UTC, May 20, 2018

Tiga Beradik Maut Ditetak Dalam Kejadian Amuk Di Bagan Datuk

  • Published in Nasional

BAGAN DATUK - Tiga kanak-kanak berusia antara dua hingga empat tahun maut selepas ditetak seorang lelaki dipercayai menghidap sakit mental yang mengamuk di Kampung Sungai Haji Muhammad di Rungkup di sini petang tadi.

Kejadian  kira-kira  2.30 petang itu turut mengakibatkan empat lagi parah, termasuk ibu dan kakak sulung ketiga-tiga mangsa, serta dua pelajar sekolah, bagaimanapun identiti  mereka masih belum dikenal pasti.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak SAC Yahya Abd Rahman berkata lelaki terbabit telah menceroboh rumah keluarga berkenaan dengan bersenjatakan parang lalu melibas ketiga-tiga beradik itu  hingga mengakibatkan kematian manakala ibu mangsa cedera parah.

Jelas beliau selepas kejadian itu, suspek telah menghala ke Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Haji Mohamad dan menetak dua pelajar sekolah serta seorang orang awam yang masih belum dikenali pasti identiti mereka.

Beliau berkata polis berjaya menahan suspek hasil maklumat orang awam dan telah merampas senjata digunakan suspek. Semua mangsa dibawa ke Hospital Teluk Intan.

Sementara itu, seorang  penduduk kampung yang enggan dikenali berkata,  lelaki dikenali Rambo itu dimaklumkan baharu sahaja pulang ke kampung berkenaan selepas merantau.

((BERNAMA))