Sunday, May 20, 2018
vital-top
updated 3:56 PM UTC, May 20, 2018

PDRM Jumpa Peti Besi Berusia 20 Tahun Di Kediaman Datuk Seri Najib

  • Published in Nasional
Foto - Bernama

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang berusaha untuk membuka sebuah peti besi berusia 20 tahun bagi membantu siasatan terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut peguam kepada Datuk Seri Najib, Datuk Harpal Singh Grewal peti besi itu tidak dapat dibuka oleh pihak polis kerana  kunci peti besi yang ditemui di kediaman  peribadi Najib itu telah hilang.

Beliau berkata peti besi berkenaan dijumpai pada 8.30 pagi tadi dan usaha untuk membuka peti besi masih berterusan sehingga kini.

“Kandungan di dalam peti besi itu masih tidak dapat dipastikan lagi...terdapat 50 sehingga 60 pegawai dan anggota yang tiba di kediaman mereka sejak semalam,”  katanya ketika ditemui pemberita selepas menziarahi Najib dan keluarga di Jalan Langgak Duta, Taman Duta, di sini.

Terdahulu, pada 4.40 petang tadi sebuah trak PDRM telah keluar dari perkarangan rumah Datuk Seri Najib dipercayai membawa keluar bahan bukti sambil diiringi sebuah kereta peronda dan dua buah motosikal polis.

 

((BERNAMA))