Thursday, May 24, 2018
vital-top
updated 1:31 PM UTC, May 24, 2018

Datuk Seri Shukri Abdull Ketua Pesuruhjaya Baharu SPRM

  • Published in Nasional

PETALING JAYA – Bekas Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Shukri Abdull dinamakan untuk menerajui badan tersebut menggantikan Tan Sri Dzulkifli Ahmad yang meletak jawatan pada Isnin lepas. 

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan perkara itu pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan, sini hari ini. 

Datuk Seri  Shukri mengambil keputusan bersara wajib pada 2016 ketika sedang menyiasat kes berprofil tinggi termasuk berkaitan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB). 

Datuk Seri  Dzulkifli telah diarah melapor diri untuk bertugas di Pejabat Peguam Negara pada Selasa lepas.

((BERNAMA))