Thursday, May 24, 2018
vital-top
updated 1:31 PM UTC, May 24, 2018

Polis Terus Lakukan Carian Di Rumah Datuk Seri Najib

  • Published in Nasional
Foto - Bernama

KUALA LUMPUR - Anggota dan pegawai polis yang melakukan pencarian di kediaman bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Taman Duta di sini sejak malam tadi, masih berada di lokasi setakat 12 tengah hari ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh ketika dihubungi Bernama mengesahkan perkara itu, namun enggan menggulas lanjut.

Seorang lelaki yang mendakwa dirinya rakan Najib menjadi tumpuan apabila tidak dibenarkan masuk oleh polis ketika menghampiri kediaman itu pada 11.20 pagi.

Puluhan media tempatan dan antarabangsa masih 'berkampung’ di kawasan itu sejak petang semalam bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai operasi berkenaan.

Orang awam turut dilihat memperlahankan kenderaan bagi mengambil dan merakam gambar suasana persekitaran kediaman bekas Perdana Menteri itu.

((BERNAMA))