Thursday, May 24, 2018
vital-top
updated 1:31 PM UTC, May 24, 2018

Kerajaan Laksanakan Program Pembaharuan Fiskal

  • Published in Nasional
Foto - BERNAMA

17 MEI: PUTRAJAYA - Kerajaan kini sedang melaksanakan program pembaharuan fiskal dan langkah itu akan diumumkan dalam tempoh terdekat.

Kenyataan Kementerian Kewangan menjelaskan, pengurangan perbelanjaan akan dimulakan dengan langkah rasionalisasi dan kecekapan serta mengurangkan ketirisan.

Manakala pengurangan hasil daripada Cukai Barangan dan Perkhidmatan, GST yang berkadar sifar mulai 1 Jun ini akan ditampung melalui langkah khusus hasil dan perbelanjaan selain pengenalan semula Cukai Jualan dan Perkhidmatan, SST.

Manakala harga minyak mentah dunia telah meningkat ketara berbanding anggaran Bajet 2018 iaitu sebanyak 52 dolar Amerika Syarikat setong, dilihat akan menyediakan ruang fiskal dalam tempoh terdekat.

Selain itu tanggungjawab fiskal, transparency dan tadbir urus juga akan diberi keutamaan dalam pelaksanaan program pembaharauan fiskal.

((RTM TV))