Thursday, May 24, 2018
vital-top
updated 1:31 PM UTC, May 24, 2018

Selamatkan Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar (IPGKRM)

  • Published in Nasional

Foto - PORTAL IPGKRM

17 MEI: SIKAMAT, NEGERI SEMBILAN -  Badan Bertindak Selamatkan Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar (IPGKRM) merayu kerajaan Pakatan Harapan agar Kolej Permata Pintar tidak mengambil alih institut pendidikan tersebut.

Menurut Pengerusinya  Datuk Sudin Kamari,pihaknya telah membuat bantahan terhadap rancangan tersebut sejak April lalu selepas semua usaha secara pentadbiran gagal diberi perhatian.

Rancangan pengambilalihan diumum bekas Perdana Menteri- Datuk Seri Najib Tun Razak pada pembentangan Bajet 2017.

Menurut Datuk Sudin bantahan dibuat kerana pihaknya gusar dengan kejayaan Permata Pintar yang belum terbukti keberkesanannya.

Dan katanya jika ianya bagus sekali pun permata Pintar seharusnya dibina di tempat lain dan bukannya mengambilalih institut tersebut.

Beliau juga menafikan khabar angin kononnya penutupan IPGKRM  disebabkan oleh lambakan graduan dalam bidang perguruan kerana Kementerian Pendidikan mempunyai cara tersendiri untuk mengawal jumlah graduan dalam bidang itu.

Menurutnya penukaran IPGKRM akan menyebabkan ramai kakitangan hilang pekerjaan dan terpaksa dipindahkan.

Malah, pembaziran juga turut berlaku berikutan segala fasiliti yang digunakan di IPGKRM sekarang akan dilupuskan dan diganti dengan fasiliti baharu.

((RTM/NEGERI SEMBILAN))