Thursday, May 24, 2018
vital-top
updated 1:31 PM UTC, May 24, 2018

Polis Rampas Beg Tangan, Hadiah, Pakaian Dari Kediaman Datuk  Seri Najib

  • Published in Nasional
Foto - BERNAMA

17 MEI: KUALA LUMPUR - Beberapa barangan peribadi seperti beg tangan, pakaian serta hadiah dirampas dari kediaman bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Jalan Langgak Duta, Taman Duta di sini awal hari ini.

Peguam Datuk Seri Najib, Datuk Harpal Singh Grewal ketika ditemui sejurus keluar dari rumah itu pada kira-kira 4.20 pagi tadi berkata, bagaimanapun tiada sebarang dokumen diambil.

Beliau berkata, pihaknya percaya barangan itu diambil bagi tujuan siasatan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001.

"Kami percaya (pencarian) dibuat mengikut akta pengubahan wang," katanya, sambil menambah Datuk Seri Najib dan anggota keluarga beliau memberi kerjasama sepanjang proses pencarian dilaksanakan dan tiada tangkapan dibuat.

Setakat 8 pagi ini, anggota polis masih berada di lokasi.

 ((BERNAMA))