Thursday, May 24, 2018
vital-top
updated 1:31 PM UTC, May 24, 2018

Pelbagai Versi Laporan Palsu Pengauditan 1MDB Tersebar Di Laman Sosial - JAN

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR – Hanya Ringkasan Eksekutif Laporan Pengauditan 1MDB yang telah dimuat naik di portal dan facebook Jabatan Audit Negara (JAN). 

JAN dalam satu kenyataan menjelaskan terdapat pelbagai versi laporan palsu pengauditan 1MDB  telah tersebar luas di laman sosial termasuk yang mengandungi 386 muka surat atau 68 muka surat tanpa muka hadapan.

"Pada ketika ini, Laporan Pengauditan 1MDB tidak dimuat naik di portal atau Facebook JAN,” kata kenyataan itu.

Semalam, dalam satu kenyataan, Ketua Audit Negara Tan Sri Dr Madinah Mohamad berkata Laporan Pengauditan 1MDB telah dikelaskan semula sebagai dokumen terbuka. 

((BERNAMA))