Thursday, May 24, 2018
vital-top
updated 1:31 PM UTC, May 24, 2018

Warisan Kemuka Enam Calon Menteri Persekutuan

  • Published in Nasional
Foto - Bernama

KOTA KINABALU – Parti Warisan Sabah (Warisan) telah mengemukakan nama enam  Anggota Parlimen daripada parti itu untuk dicalonkan sebagai menteri atau timbalan menteri di peringkat kerajaan Persekutuan, kata Presidennya  Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Ketua Menteri Sabah itu berkata kesemua nama yang dikemukakan itu mempunyai kelulusan dan keupayaan untuk membantu dalam pentadbiran  negara.

“Kita telah kemukakan enam  nama dari Warisan termasuk Anggota Parlimen Penampang Ignatius Darell Leiking  yang juga timbalan presiden  Warisan, Anggota Parlimen Batu Sapi  Datuk V.K. Liew,  Ahmad Hassan (Anggota Parlimen Papar), dan Mohammad Din Ketapi  (Anggota Parlimen Silam).

Beliau berkata kepada pemberita di sini.

Datuk Seri Mohd Shafie berkata beliau juga telah meminta PKR dan DAP Sabah untuk mengemukakan nama kepada pimpinan pusat untuk dipertimbangkan.

((BERNAMA))