Thursday, May 24, 2018
vital-top
updated 1:31 PM UTC, May 24, 2018

Polis Bongkar Makmal, Rampas Dadah Bernilai RM732,952

  • Published in Nasional
Foto - Bernama

GEORGE TOWN - Polis Pulau Pinang membongkar makmal memproses dadah dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM732,952 serta menahan dua lelaki menerusi beberapa serbuan sekitar Bandar Baru Ayer Itam di sini, Isnin lepas.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk A. Thaiveegan berkata tangkapan pertama melibatkan seorang lelaki berumur 42 tahun di sebuah pangsapuri di Bandar Baru Ayer Itam dan pihaknya menemukan dadah jenis heroin seberat 14.5 kilogram di dalam pangsapuri itu.

Beliau berkata pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang di sini.

Beliau berkata susulan penahanan lelaki itu, polis membuat serbuan ke sebuah lagi rumah di kawasan Lengkok Angsana, Bandar Baru Ayer Itam pada 11.15 malam dan menahan seorang lelaki berumur 52 tahun.

((BERNAMA))