Tuesday, May 22, 2018
vital-top
updated 3:27 PM UTC, May 22, 2018

Alhamdulillah, Terima Kasih Tuanku – Datuk Seri Anwar

  • Published in Nasional
Foto - Bernama

KUALA LUMPUR - “Alhamdulillah, terima kasih Tuanku”.

Itulah reaksi pertama Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V di Istana Negara di sini susulan pembebasannya.

Beliau berkata demikian kepada Bernama sebelum  beredar meninggalkan perkarangan Istana  Negara  di sini, hari ini.

Datuk Seri Anwar, 71, dibebaskan serta-merta setelah rayuan pengampunan penuhnya yang diputuskan Lembaga Pengampunan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.

Dengan wajah yang tidak lekang dengan senyuman, Datuk Seri Anwar berkata fokus beliau kini ialah untuk pulang ke rumah dan meluangkan masa bersama keluarga tercinta.

Bersama Datuk Seri Anwar, isterinya Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan anaknya Nurul Izzah.

((BERNAMA))