Tuesday, May 22, 2018
vital-top
updated 3:27 PM UTC, May 22, 2018

Datuk Seri Anwar Kini Bebas Babit Politik

  • Published in Nasional
Foto - Bernama

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendapat perkenan pengampunan penuh Yang di-Pertuan  Agong Sultan Muhammad V hari ini,  kini bebas sepenuhnya daripada sebarang pertuduhan dan boleh terlibat dalam politik, kata peguamnya R. Sivarasa.

Beliau berkata ini bermakna Ketua Umum PKR itu boleh bertanding pada pilihan raya kecil yang mungkin diadakan bagi membolehkan Datuk Seri Anwar menjadi Anggota Parlimen.

“Beliau menjadi orang bebas sebaik sahaja keluar dari hospital ini,” katanya kepada pemberita di perkarangan Hospital Rehabilitasi Cheras di sini. 

Bagaimanapun Sivarasa percaya perbincangan mengenai pembabitan Anwar dalam politik kemunginan besar hanya akan dibincangkan selepas raya pada Jun ini.

 

Datuk Seri Anwar yang diiringi isteri Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail meninggalkan hospital itu menuju ke Istana Negara untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V pada kira-kira 11.30 pagi tadi.

((BERNAMA))