Logo

Peruntukan tambahan 12 pengimbas suhu bantu Kementerian Kesihatan laksana pemantauan lebih berkesan

GEORGE TOWN - Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata Kementerian Kewangan akan berbuat apa sahaja seperti yang dimohon Kementerian Kesihatan demi memastikan rakyat dan negara bebas daripada coronavoris.

Beliau mengulas mengenai peruntukan tambahan untuk 12 pengimbas suhu.

Ditanya mengenai kesan permasalahan coronavirus kepada ekonomi negara, beliau menegaskan, pada masa ini nyawa, keselamatan dan kesihatan rakyat menjadi agenda utama kerajaan.

Beliau ditemui pemberita pada Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran Ahli Parlimen Bukit Bendera di George Town, Pulau Pinang.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.