Wednesday, November 13, 2019
updated 3:05 PM UTC, Nov 13, 2019

Polis nasihat batal ceramah Zakir Naik di Terengganu

  • Published in Nasional

MARANG - Mana-mana penganjur yang berhasrat untuk menganjurkan ceramah pendakwah antarabangsa, Dr Zakir Naik diminta membatalkan hasrat itu.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Aidi Ismail berkata ia bagi menggelak daripada timbulnya sebarang isu.

Setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang permohonan bagi penganjuran ceramah tersebut.

Jelasnya nasihat yang sama juga akan dipanjangkan kepada pihak kerajaan negeri Terengganu untuk menangguh atau membatalkan jika berhasrat untuk 
menjemput Dr Zakir.

Beliau ditemui selepas majlis serah terima tugas Ketua Polis Daerah Marang di IPD Marang.

Menurutnya walaupun penceramah itu diundang sebagai jemputan namun ia tidak sesuai memandangkan pelbagai kontroversi kini.

Setakat ini, polis menerima 115 laporan berkaitan Dr Zakir dan membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan.