Tuesday, September 17, 2019
updated 3:16 PM UTC, Sep 17, 2019

Tiga beranak maut dalam kejadian kebakaran sebuah rumah di Kampung Alah Batu, Slim River Perak

  • Published in Nasional

 

PERAK - Tiga beranak maut dalam kejadian kebakaran sebuah rumah di Kampung Alah Batu, Jalan Kuala Slim di Slim River Perak awal pagi tadi.

Mangsa sepasang suami isteri berumur dalam lingkungan 30 tahun bersama bayi lelakinya berusia 1 tahun ditemui di bilik utama rumah berkenaan.

Menurut Jurucakap Bomba dan Penyelamat Negeri Perak, pihaknya menerima panggilan pada pukul 3.51 pagi sebelum bergegas ke tempat kejadian.

Setibanya di lokasi pihaknya mendapati Kebakaran melibatkan rumah kelas B terbakar hampir 70 peratus.

Katanya, operasi pemadaman melibatkan anggota bomba dari Balai Bomba Slim River dan dibantu oleh anggota Balai Bomba Tanjung Malim.

Mayat ketiga tiga mangsa dibawa ke Hospital Slim River untuk dibedah siasat.