Wednesday, February 19, 2020

updated 2:24 PM UTC, Feb 19, 2020

Saringan kesihatan di semua pintu masuk diperketat

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA - Aktiviti saringan kesihatan di semua Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) diperkukuh bagi menangani jangkitan coronavirus dalam negara.

Pengimbas haba ditempatkan di pintu masuk bagi mengesan pengembara yang mempunyai gejala demam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Noor Hisham Abdullah dalam kenyatannya berkata di Johor terdapat enam PMA.

Dua daripadanya melalui jalan darat Johor Bahru-Singapura iaitu di Bangunan Sultan Iskandar dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB).

Sekiranya terdapat pengembara yang disyaki, mereka akan diperiksa selanjutnya di Bilik Saringan Kesihatan dan dirujuk kepada Pasukan Perubatan Penyakit Berjangkit Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru untuk pemeriksaan seterusnya.

Satu laluan khas imigresen bagi pengembara yang berasal dari China juga diwujudkan.

Tahun lalu, jumlah pengembara dari China yang masuk melalui KSAB secara purata mencecah 3,500 orang sehari.