Tuesday, September 17, 2019
updated 12:17 PM UTC, Sep 17, 2019

FAMA : My Food for Ummah inisiatif bolehkan para usahawan dan pengunjung Baazar salurkan sumbangan.

  • Published in Nasional

SELANGOR - My Food for Ummah satu lagi inisiatif yang diperkenalkan FAMA membolehkan para usahawan dan pengunjung Baazar Peduli Rakyat menyalurkan sumbangan.

Pengerusi FAMA, Ishak Ismail berkata program tersebut merupakan inisiatif FAMA bersama kerajaan selangor dalam menggalakkan peniaga dan pembeli menghulurkan sumbangan. Program menyasarkan golongan berpendapatan rendah B40 sebagai inisiatif meringankan beban mereka.

Beliau berkata demikian pada majlis Baazar Peduli Rakyat Ampang yang di rasmikan EXCO Selangor, Izham Hashim.

Tambah beliau konsep tersebut diadakan bagi menyahut seruan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal pengguna, KPDNHEP yang melancarkan Food Bank.

Antara agensi terlibat, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, LKIM dan Lembaga Pertubuhan Peladang, LPP.