Monday, February 24, 2020

updated 5:29 AM UTC, Feb 24, 2020

KPDNHEP beri amaran, tindakan tegas dikenakan sekiranya peniaga naikkan harga penutup mulut dan hidung

  • Published in Berita Semasa

KUALA LUMPUR, 28 Jan - Dalam pada orang awam mula meningkatkan tahap keselamatan kesihatan diri dengan memakai penutup mulut dan hidung, ada pihak cuba menaikkan harga barangan tersebut.

Justeru Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Muez Abd Aziz memberi amaran tindakan tegas akan diambil terhadap pihak yang mengambil kesempatan.

Menerusi kenyataan, harga maksimum telah ditetapkan untuk 5 jenis topeng muka dibawah akta kawalan harga dan anti pencatutan 2011.

Sebarang pelanggaran dibawah peruntukan akta tersebut, individu yang terlibat boleh dikenakan denda oleh mahkamah sehingga RM100,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau keduanya atau dikompaun sehingga RM50,000.

Manakala bagi syarikat boleh didenda sehingga RM500,000 atau dikompaun sehingga RM250,000.

Pemantauan berterusan turut akan dilakukan menerusi 2,300 anggota penguatkuasa yang akan membuat pemeriksaan di seluruh negara bermula 25 januari lalu.