Saturday, 24 October 2020

updated 9:17 AM UTC, Oct 24, 2020

Autralia sahkan kes kelima Coronavirus, Kes terbaharu membabitkan seorang wanita berusia 21 tahun yang pulang dari Wulan

  • Published in Berita Dunia

AUSTRALIA, 28 Jan - Australia mengesahkan kes ke LIMA coronavirus di negara itu.

Kes terbaharu itu disahkan di New South Wales.

Ia membabitkan seorang wanita berusia 21 tahun yang merupakan antara penumpang penerbangan keluar terakhir dari Wuhan, sebelum China mengenakan sekatan perjalanan.

Menurut Menteri Kesihatan New South Wales, wanita yang menaiki penerbangan terus ke Sydney dari Wuhan itu mula mengalami simptom dalam tempoh 24 jam, bergegas ke Jabatan Kecemasan.

Menteri Luar, Marise Payne pula memberitahu pemberita, empat kes pertama coronavirus di Australia disahkan pada Sabtu lepas dengan satu di Melbourne dan tiga lagi di Sydney.