Tuesday, September 17, 2019
updated 3:16 PM UTC, Sep 17, 2019

Lawatan Negara YDP Agong tiba di Brunei

  • Published in Nasional

BANDAR SERI BEGAWAN - Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, tiba di Bandar Seri Begawan untuk lawatan Negara ke Brunei Darussaalam bermula hari ini sehingga selasa.

Pesawat khas yang membawa baginda mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei pada pukul 1.10 tengahari waktu tempatan.

Turut mengiringi, Raja Pemaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Keberangkatan tiba pasangan di raja itu disambut Putera Mahkota Brunei, Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Ibni Sultan Hassanal Bolkiah serta
isteri, Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah Pengiran Saleh Ab Rahaman.

Baginda yang berlepas dari Kompleks Bunga Raya, KLIA pada pukul 11 pagi diiringi Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah , Pegawai-pegawai kanan kementerian luar, Istana Negara dan Jabatan Perdana Menteri.

Tuanku kemudiannya melintasi barisan Pasukan Kawad Kehormat Setempat Tentera Darat DiRaja Brunei yang terdiri daripada 26 anggota
yang diketuai leftenan Mohd Yusof Ibrahim.

Acara pertama Sultan Abdullah dan Tunku Azizah di Brunei adalah dengan berangkat menghadiri Majlis Santapan Malam bersama rakyat Malaysia.

((RTM/DIAN FATIHA))