Wednesday, September 18, 2019
updated 3:02 PM UTC, Sep 18, 2019

378 Sahabat Maktab yang merupakan jemaah haji, tetapi secara sukarela membantu operasi haji musim ini dirai dalam satu majlis di Makkah

  • Published in Nasional

MEKKAH - Musim Haji 1440 Hijrah.

378 Sahabat Maktab yang merupakan jemaah haji, tetapi secara sukarela membantu operasi haji musim ini dirai dalam satu majlis di Makkah.

Walaupun mereka merupakan sukarelawan, tetapi komitmen “Sahabat Maktab” dalam
membantu melancarkan perjalanaan ibadah para jemaah wajar dipuji.

Pengalaman suka, duka, pahit, manis, dilalui 378 Sahabat Maktab sepanjang kembara rohani mereka di Tanah Suci.

Datang sebagai jemaah, tetapi memilih untuk membantu Tetamu Allah yang lain memerlukan pengorbanan fizikal dan mental yang kuat.

Sahabat Maktab ditemui turut berkongsi pengalaman yang pastinya akan kekal dalam memori indah sepanjang hayat.

Dengan berakhirnya majlis penghargaan Sahabat Maktab yang berlangsung di  Bangunan Ibu Pejabat TH, Abraj Al Janadriyah, secara tidak langsung operasi haji tahun ini kian di penghujungnya.

Jemaah haji kumpulan pertama akan pulang ke tanah air melalui penerbangan KT01 dari Lapangan Terbang King Abdul Aziz, Jeddah esok.

Bagi petugas media juga, ini adalah pengalaman paling berharga walaupun terpaksa mengharungi masa kerja panjang tanpa cuti rehat, semuanya dilaksana dengan niat “Lillahi Taala”.

Hampir 50 hari di Tanah Suci, lebih 50 laporan harian berita TV dan Radio serta Rancangan Selamat Pagi Malaysia, lebih 30 sesi Facebook Live dan Lintas Langsung untuk Program Salam Baitullah.

((RTM/SHAHRIL))