Tuesday, January 28, 2020

updated 2:57 PM UTC, Jan 28, 2020

Kes seorang individu di sebuah hospital di Sabah yang disyaki dijangkiti koronavirus disahkan negatif

  • Published in Berita Semasa

SABAH - Kes seorang individu di sebuah hospital di Sabah yang sebelum ini disyaki dijangkiti koronavirus disahkan negatif.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Noor Hisham Abdullah yang memberi pengesahan itu menjelaskan gejala yang dialami individu berkenaan disebabkan jangkitan Influenza A.

Pesakit tersebut kini beransur pulih dan berada dalam keadaan stabil.

Sampel bagi kes terlibat telah dihantar ke Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) untuk ujian pengesanan, selepas Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Balas Segera Krisis, menerima laporan kes.

Setakat ini, 17 orang maut dan lebih 600 orang disahkan dijangkiti koronavirus di seluruh dunia.

Sehubungan itu, Kementerian Kesihatan terus memperkukuh langkah kesiapsiagaan menghadapi potensi penularan virus berkenaan.