Logo

Perbicaraan SRC ditangguhkan ke Isnin, Datuk Seri Najib alami sakit mata

KUALA LUMPUR - Bicara kes seleweng dana SRC International Sdn Bhd ditangguh tiga hari selepas Datuk Seri Najib Tun Razak mengalami sakit mata.

Perkara itu dimaklumkan pihak pembelaan kepada Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Menurut pihak pembelaan jangkitan kuman di kedua-dua belah mata Datuk Seri Najib bermula semalam.

Ia disahkan pakar mata sebuah pusat perubatan yang kemudiannya mengeluarkan sijil cuti sakit selama tiga hari.

Perkara itu tidak dibantah pihak pembelaan diketuai Datuk V. Sithambaram yang ditunjukkan bukti sijil sakit.

Nazlan dalam keputusannya berkata mahkamah tidak mempunyai pilihan selain menangguhkan perbicaraan dan menetapkan Isnin depan untuk sambung bicara.

 

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.