Tuesday, June 2, 2020

updated 1:05 AM UTC, Jun 2, 2020

Gilap lebih ramai Qari dan Qariah, usaha JAWI jadikan Malaysia negara Rahmah

  • Published in Berita Semasa

KUALA LUMPUR - Menggilap lebih ramai Qari dan Qariah, itu antara usaha Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, JAWI ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara Rahmah.

Ia juga bagi menggalakan penghayatan nilai murni Al Quran dalam kalangan masyarakat.

Mohd Ajib berkata demikian pada majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Wilayah Persekutuan.

Qari, Muadzeen Akcil dan qariah, Lailasari Sabran diumumkan sebagai johan kategori masing-masing.

Mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000 dan pakej umrah.