Sunday, October 20, 2019
updated 2:49 PM UTC, Oct 20, 2019

Jerebu: 2 kawasan di Sarawak catat IPU bahaya pagi ini

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR - Dua kawasan di Sarawak merekodkan indeks pencemaran udara (IPU) tahap berbahaya setakat 10 pagi tadi.

Satu lagi kawasan di negeri sama mencatatkan indeks IPU tahap tidak sihat.

Menerusi kenyataan yang dikemaskini Jabatan Alam Sekitar, IPU tahap berbahaya paling tinggi dicatakan di Miri dengan bacaan indeks setinggi 352.

Turut berada dalam kategori sama ialah daerah Kuala Baram dengan bacaan indeks 312.

Situasi itu dipercayai berpunca akibat kebakaran hutan di negeri terbabit.

Selain itu, tahap IP-U berkategori tidak sihat dengan bacaan IPU 136 turut direkodkan di Sri Aman.

Manakala untuk bacaan IPU di seluruh negara, sebanyak 64 kawasan direkod mencatatkan bacaan indeks dalam kategori sederhana.