Friday, June 23, 2017
vital-top
updated 9:15 AM UTC, Jun 23, 2017

LIMA 2017: PM Terima Kunjungan Hormat Delegasi Luar Negara

LANGKAWI - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menerima kunjungan hormat beberapa delegasi luar negara di luar daripada acara Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA 2017) di sini.

Mereka termasuk Menteri Perolehan Pertahanan United Kingdom Harriet Baldwin, Menteri Pertahanan Qatar Dr Khalid Mohamed Al Attiyah, Menteri Pengangkutan Kedua Singapura Ng Chee Meng dan Menteri Pertahanan Kedua Singapura Ong Ye Kung.

Datuk Seri Najib kemudian meluangkan masa hampir dua jam melawat segmen aeroangkasa LIMA '17 di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC), di sini untuk melihat pameran perdagangan pada hari terbuka hari ini.

Sejumlah 555 pempamer dari 36 negara menyertai LIMA'17 yang dijangka menarik 180,000 pelawat perdagangan dan awam dari seluruh dunia.

Sebelum itu, Najib merasmikan pembukaan LIMA'17 yang akan diadakan sehingga 25 Mac di MIEC bagi segmen aeroangkasa dan Resort World Langkawi untuk segmen maritim.

((BERNAMA))