Thursday, April 27, 2017
vital-top
updated 12:59 PM UTC, Apr 27, 2017

Pelan Strategik Dasar Dadah Negara Tangani Isu Dadah Secara Komprehensif

KUALA LUMPUR - Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) akan merangka pelan strategik Dasar Dadah Negara dalam usaha menangani masalah berkaitan dadah secara holistik dan komprehensif.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata dasar itu kelak akan menjadi rujukan dan panduan utama dalam usaha memerangi dadah di negara ini.

Beliau berkata pada sesi soal jawab lisan persidangan Dewan Rakyat.

Datuk Nur Jazlan menjawab soalan Datuk Abd Aziz Sheikh Fadzir (BN-Kulim) mengenai statistik terkini jumlah penagih dadah serta tangkapan yang dilakukan sejak 2015 dan 2016 serta langkah-langkah efisien bagi membanteras penyalahgunaan dadah daripada berleluasa.

Menurutnya, berdasarkan statistik terkini AADK sehingga September tahun lepas, seramai 30,846 penagih dadah telah ditangkap berbanding 26,626 penagih pada tahun 2015.

((BERNAMA))