Thursday, April 27, 2017
vital-top
updated 12:59 PM UTC, Apr 27, 2017

SAINS Nafi Empangan Pedas Pecah Akibatkan Banjir Di Rembau

SEREMBAN - Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (Sains) menafikan dakwaan kononnya Empangan Pedas pecah yang mengakibatkan banjir di Rembau dan kawasan sekitarnya semalam.

Pengarah Sains Wan Rasdi Wan Ismail berkata kejadian banjir itu tiada  kena-mengena dengan empangan pecah, yang katanya sengaja direka bagi memburukkan lagi keadaan.

Beliau mengulas kejadian banjir di Rembau dan Kuala Pilah yang ditularkan dalam media sosial kononnya ia berlaku akibat Empangan Pedas pecah.

Wan Rasdi berkata sekiranya benar, sudah tentu ramai yang terkorban, namun apa yang berlaku adalah sebaliknya.

((BERNAMA))