Monday, August 21, 2017
vital-top
updated 4:33 AM UTC, Aug 21, 2017

LIMA'17: Belia Main Peranan Penting Selaras TN50 - Hishammuddin

LANGKAWI  - Penyertaan belia dalam pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA'17) tahun ini memainkan peranan penting dalam membentuk masa depan industri pengangkutan dan pertahanan selaras dengan dasar Transformasi Nasional 2050 (TN50).

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata 500 belia dari pelbagai institusi telah telah menawarkan diri dan satu forum dialog akan diadakan untuk merancang dan mengkaji isu pertahanan dan pengangkutan.

"Bagi saya secara peribadi, kemuncak LIMA'17 ialah penyertaan belia yang pada 2050 akan menjadi kumpulan yang menerajui negara dan rantau ini," katanya pada upacara dengan pengamal media.

(Sumber - Bernama)