Monday, August 21, 2017
vital-top
updated 4:33 AM UTC, Aug 21, 2017

Wanita Perlu Kuasai Kemahiran Digital - KSU KKMM

SERDANG  - Golongan wanita perlu memperkasakan diri dengan pelbagai kemahiran digital, bukan sekadar tahu membuat pembelian dalam talian, kata Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Sharifah Zarah Syed Ahmad.

Katanya antara bidang yang perlu diterokai kaum wanita di Malaysia ialah analisis data besar dan algoritma penukaran data.

"Malaysia memerlukan lebih ramai wanita yang mempunyai kemahiran membangunkan aplikasi telefon bimbit yang baharu dan dapat membantu masyarakat," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan syarahan bertajuk 'Embracing Digital Era: Roles of Women' pada program CEO@Faculty di Universiti Putra Malaysia.

(Sumber - Bernama)