Friday, June 23, 2017
vital-top
updated 9:15 AM UTC, Jun 23, 2017

Polis Tumpas Kegiatan Penipuan Jualan Kenderaan Lelong Dan Pakej Haji Murah

BALIK PULAU  - Polis menahan seroang lelaki yang disyaki melakukan penipuan dengan menawarkan jualan kenderaan lelong dan pakej haji dengan harga murah, dalam serbuan di sebuah hotel di kawasan Perai dekat sini.

Lelaki berusia 47 tahun itu dipercayai bergerak secara sendirian sejak tujuh tahun lepas dengan menyamar sebagai pegawai atasan Jabatan Pengangkutan Jalan dan Pegawai Eksekutif Tabung Haji.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Anuar Omar berkata lelaki yang ditahan dalam serbuan Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Barat Daya pada pukul 5 petang 16 Mac lepas itu mempunyai 17 rekod jenayah.

(Sumber - Bernama)